Friday, November 25, 2016

LAPORAN AUDIT NEGARA 2015 (SIRI 2): ISU PEMBELIAN PENIMBANG DIGITAL

Seperti menjadi rutin tahunan, laporan ketidakpatuhan kewangan dan pembaziran terus menjadi intipati dalam laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini.


Pembelian Penimbang Digital dengan harga RM8,000, walhal unit yang sama dibeli pada sebelumnya adalah pada RM800. Berganda harganya. Isu dinyatakan dalam Laporan Audit Negara 2015 (Siri 2). Pembelian dilakukan oleh Kolej Komuniti Jerantut.

Laporan menyatakan bahawa pihak kolej membayar dua harga yang berbeza bagi item yang sama iaitu penimbang digital 1 kg. Pembelian pertama adalah pada Bulan Julai 2012, manakala pada Oktober, barang yang sama dibeli pada harga RM8,000.

Kementerian yang bertanggugjawab iaitu Kementerian Pelajaran Tinggi menjelaskan bahawa item tersebut adalah tidak sama dan lebih kompleks berbanding item sebelumnya. Ianya lebih tepat, ada bateri yang boleh dicaj semula serta boleh disambungkan kepada Printer dan komputer.


Ikuti blog ini untuk mengikuti perkembangan Laporan Audit Negara 2015 (Siri 2).


Sumber: The Star, 24 November 2016